Mahathir Dan Guan Eng Punca Bersih 5 Hambar

2-copy

Bersih 5 sekali lagi memperlihatkan jurang perkauman yang tebal dan juga berat sebelah dari segi penyertaan rakyat pelbagai kaum di dalam negara semasa demonstrasi pada Sabtu lalu.

Walaupun pihak pembangkang cuba memanipulasi media yang pro mereka untuk menunjukkan penyertaan dari pelbagai kaum khususnya bangsa melayu, realitinya terbukti berbeza.

Menurut tinjauan umum serta dari beberapa media yang membuat liputan, hampir 80 peratus dari 40 ribu yang menyertai demonstrasi di ibunegara terdiri daripada orang cina, rata-ratanya didalam lingkungan umur 20 hingga 45 tahun.

Bangsa melayu serta kaum lain boleh dikatakan sangat kurang walaupun dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir serta para kroninya didalam demonstrasi berkenaan.

Penganalisis politik pula berpandangan bahawa, kehadiran Mahathir, Muhyiddin serta Mukhriz menjadi punca Bersih 5 ditolak oleh orang melayu yang menyokong pembangkang.

Mungkin ramai diantara mereka yang masih tidak boleh melupakan apa yang dilakukan oleh Mahathir serta konco-konconya kepada Anwar Ibrahim, serta beberapa pemimpin pembangkang yang lain semasa berkuasa dahulu.

Kebanyakan pendemo Bersih 5 yang ditemui juga menyifatkan Mahathir dan kroni sebagai hanya mahu mengambil kesempatan dari demonstrasi anjuran pembangkang sahaja.

Oleh kerana imej buruk yang dibawa oleh Mahathir dan kumpulannya, majoriti melayu pembangkang bertindak memulaukan perhimpunan berkenaan sebagai signifikan bantahan terhadap bekas Presiden UMNO tersebut.

Selain itu, ketidakhadiran kebanyakan orang cina didalam Bersih 5 sehingga menyaksikan penyusutan ketara berbanding tahun lepas, dipercayai berpunca dari beberapa pemimpin pembangkang sendiri yang terbabit dengan rasuah, khususnya Lim Guan Eng.

Matlamat Bersih 5 yang dikatakan mahu membersihkan negara dari pemimpin korupsi dan juga rasuah, telah tercemar dengan pertuduhan rasuah yang kini dihadapi oleh Ketua Menteri P.Pinang tersebut.

Masyarakat cina mungkin berpendapat, pemimpin pembangkang kini hanya bermain politik serta memperalatkan rakyat sahaja, kerana mereka juga mengamalkan rasuah serta penyelewengan didalam pentadbiran di negeri jajahan pembangkang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s