Mahathir Dah Semput, Tapi Masih Nak Berpolitik

2a-copy

Kan Gomez dah cakap… Kalau dah hujung-hujung umur tu, lebih baik dok di rumah je.. Rehat cukup-cukup! Kudrat pun nyawa-nyawa ikan dah tapi terhegeh-hegeh lagi nak tunjuk kuat dan semangat kononnya demi rakyat Malaysia tercinta.

Suasana sedikit cemas tatkala Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat semput dan penat ketika beliau menghadiri himpunan Bersih 5 yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. Dah la pada awalnya panas terik… Kemudian hujan pula!

Apa lagi semput la Mahathir… Dengan keadaan yang sesak akibat peserta Bersih yang ramai… Sememangnya menyukarkan lagi keadaan. Mahathir dilihat mengah dan terlalu penat sehingga beliau meminta untuk duduk sebentar.

Apa lagi risau terus la isterinya, Tun Dr Siti Hasmah… Itu la, tua-tua macam tu elok Mahathir sokong dari rumah je. Tak payah nak turun padang memeriahkan lagi pesta Kuning tu. Kan dah semput… Nasib baik tak jadi kejadian tak diingini.

Betul sangat la nasihat Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang suruh Mahathir kembali ke tikar sejadah… Kalau bosan sangat tak tahu nak buat apa, elok Mahathir beribadah je di usia senja macam tu.

Tak payah la nak susahkan diri sendiri… Nak dera diri konon untuk berjuang demi rakyat. Dah tua tak larat pun masih lagi nak berpolitik… Elok wariskan jela semangat juang tu pada anak-anak muda! Kita yang dah tua dan sudah tumpul ni, elok habiskan masa dengan anak-anak dan tikar sejadah je.

Duit banyak-banyak pergi la buat ibadah di Mekkah atau pergi Madinah tenang-tenangkan diri… Isu politik dan perjuangan untuk negara biar golongan muda pula yang ambil alih. Ini tidak, dah nyawa-nyawa ikan pun masih lagi nak tunjuk bagus. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s