Lim Guan Eng Beri Amaran Kepada Kerajaan BN Didalam Tangkapan Pemimpin Bersih 5

1-copy

Didalam satu kenyataan kepada media di P.Pinang, Lim Guan Eng mengecam penangkapan beberapa pemimpin pembangkang sewaktu berlangsungnya demonstrasi Bersih 5.

Menurut Guan Eng, kerajaan BN sangat tidak adil apabila menangkap pemimpin pembangkang kerana demonstrasi Bersih 5 adalah untuk memastikan negara bebas pemimpin rasuah.

Demonstrasi Bersih 5 juga dikatakan hanya bertujuan untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil, kerajaan yang bersih dan efisien serta pemimpin yang bersih dari korupsi seperti Perdana Menteri.

Perarakan Bersih 5 di ibukota pada Sabtu lalu juga dikatakan bebas dari sebarang perbuatan ganas yang merosakkan harta awam, kekasaran serta sebarang pertumpahan darah.

Guan Eng juga mendakwa, Bersih 5 sangat berjaya kerana kerana ia menghimpunkan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum serta latarbelakang untuk bersama-sama menyelamatkan Malaysia.

Oleh sebab itulah, penangkapan pemimpin Bersih 5 yang dibuat oleh kerajaan BN dikatakan sangat tidak munasabah kerana tiada sebarang unsur-unsur keganasan dilakukan.

Guan Eng juga menuduh kerajaan BN yang dikatakan kini ketakutan akibat pelbagai penyelewengan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, hanya bermotifkan politik dan berniat jahat didalam penangkapan terbabit.

Seramai 40 ribu penyokong pembangkang kebanyakannya kaum cina, turun ke jalan raya bagi menyertai demonstrasi Bersih 5 pada sabtu lalu. Ianya jauh tersasar dari jumlah 80 ribu yang dicatatkan pada Bersih 4 pada tahun lepas.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sendiri tidak turun menghadiri demonstrasi Bersih 5 kerana bimbang dikecam sebagai perasuah dan juga mahu mengelakkan dari dituduh sebagai hipokrit.

Guan Eng kini sedang berhadapan dengan 2 dakwaan rasuah dan juga salah guna kuasa membabitkan pembelian sebuah rumah banglo mewah, dan juga tender projek perumahan rakyat termiskin di P.Pinang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s