Jamal Yunos Tak Perlu Dipecat – Nazri Aziz

6a-copy

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, tak perlu memecat Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos hanya kerana dia terlibat dalam himpunan Baju Merah bagi menyekat kemaraan kumpulan Bersih yang memakai Baju Kuning.

Bukan sahaja Jamal… Malah Datuk Armand Azha Abu Hanifah juga tidak perlu dipecat. Nazri juga turut menolak gesaan agar tindakan wajar dikenakan terhadap mereka berdua kerana terlibat dengan pembabitan Baju Merah.

Jelasnya, tidak ada dalam perlembagaan parti UMNO yang menuntut pemecatan sekiranya perkara itu berlaku. Lagipun, dorang cuma berhimpun secara aman dan bukannya melakukan jenayah rogol atau membunuh. Lain la kalau dorang diisytiharkan sebagai bankrap.

Kalau dorang bankrap, maka dorang tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam parti. Jamal sekarang ini memegang jawatan sebagai ketua UMNO Sungai Besar, manakala Armand Azha pula sebagai exco Pemuda UMNO. Mereka ini adalah orang penting dalam Gerakan Baju Merah.

Namun begitu, walaupun dorang tidak dipecat dari UMNO, tetapi mereka dilayan sama seperti pemimpin pembangkang yang lain. Mereka berdua juga ditangkap pihak polis bagi disoal siasat sejurus selepas himpunan Bersih 5 berakhir.

Tindakan tegas dan sama adil juga dikenakan terhadap mereka, sama seperti pemimpin pembangkang yang ditangkap tu. Takde tindakan dwi-standard seperti didakwa pembangkang. Mereka dilayan sama seperti pembangkang oleh pihak berkuasa.

Jika setiap anggota UMNO yang sertai himpunan seperti itu perlu dipecat… Bagaimana pula dengan pemimpin pembangkang yang turun berdemonstrasi?? Kenapa sehingga sekarang, mereka langsung tidak dipecat malah dibiarkan bebas menghina kerajaan. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s