Ibrahim Ali ‘Merindui’ Status Sebagai Wakil Rakyat

perkasa_agm_1412_8

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dalam dilema, sama ada pertubuhan itu masih berada di landasan yang sama ataupun telah tergelincir daripada agenda asal. Sebelum ini penubuhan itu hanya menyokong parti politik melayu. Mereka sama sekali tidak terlibat dalam politik kerana mereka merupakan pertubuhan NGO.

Hari ini PERKASA dilihat sudah tergelincir daripada agenda asal. Menurut presidennya, Datuk Ibrahim Ali, kira-kira 50 calon PERKASA akan dinamakan sebagai calon barisan bebas. Calon ini akan bertanding di semua kawasan bermajoriti pengundi melayu termasuk di Sabah.

Jelas PERKASA sudah mengubah pertubuhan itu menjadi sebuah parti politik bebas. Jika PERKASA turut meletakkan calon semasa PRU14, pertandingan satu lawan satu yang diidamkan pembangkang akan musnah.. Sekaligus menutup peluang mereka menakluki Putrajaya.

Sebelum ini PAS saja yang menjadi penghalang kepada Pakatan Harapan untuk bergabung pada PRU. Namun kini kekangan baru pula muncul, ekoran PERKASA akan meletakkan calon bebas di setiap kawasan. Agaknya Ibrahim Ali ‘merindui’ status sebagai wakil rakyat kot, sebab tu kali ini beliau mengambil langkah drastik kerana kecewa dirinya tidak diterima masuk dalam mana-mana parti.

Disebabkan kecewa, beliau mengambil keputusan berlawan dengan semua parti politik yang ada termasuk UMNO. Nampaknya presiden PERKASA itu sengaja mencari publisiti murahan dan mahu menjadi popular sehingga wajahnya dijadikan ‘cover’ majalah Maskulin seperti DS Mukhriz.

Tidak mustahil Ibrahim juga akan termasuk dalam golongan 50 calon yang bertanding semasa PRU14. Kononnya ini adalah alternatif baru kerana ramai ahli menyokong PERKASA berubah menjadi parti politik. Yang jelas, Ibrahim seperti senang dengan keputusan ini kerana beliau memang sudah lama tergila-gilakan status wakil rakyat.

Dalam pada itu, Ibrahim tidak malu untuk menggelarkan dirinya sebagai ‘Donal Trump Malaysia’. Kononnya semasa PRU14, parti bebas akan menjadi pilihan kerana mereka tidak mempunyai latar belakang politik. Sama seperti Trump, seorang ahli perniagaan menjadi Presiden US. Besar sungguh cita-cita parti bebas ini sebelum PRU, jangan selepas PRU Ibrahim menyepi dan tenggelam bersama-sama PERKASA sudah lah. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s