Drama 7 Hari Mencintaiku Lebih Menarik Dari Drama Awak Sangat Nakal

Kebanyakkan drama-drama Melayu sekarang diadaptasikan daripada novel.. Itu pasal jalan cerita lebih kurang dan tajuk pun kadang-kadang macam bangang jer.. Tak kecuali lah drama bersiri popular Suri Hati Mr.Pilot yang masih menjadi bualan hangat orang ramai..

Menjadi lebih hangat bila dua pelakon utama drama berkenaan, masih memuat naik gambar mesra bersama dan tak habis-habis dok mempromosikan drama tersebut.. Itu pasal lah nama drama tersebut sentiasa meniti dibibir peminat..

Selepas drama bersiri Suri Hati Mr.Pilot melabuhkan tirainya, drama bersiri Awak Sangat Nakal yang dilakonkan Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad pulak menjadi penggantinya.. Tapi Miss tengok drama Awak Sangat Nakal kurang mendapat sambutan hangat sepertimana drama Suri Hati Mr.Pilot lah u’olls..

Tak cukup publisiti lah tu! Sekarang ni Miss tengok drama 7 Hari Mencintaiku yang dilakonkan pelakon kacak Syukri Yahya dan Siti Saleha pulak mendapat sambutan lebih hangat.. Ramai yang memuji lakonan Syukri dan Siti Saleha..

Gandingan dorang dikatakan mantap dan memberi kesan kepada hati penonton.. Nampaknya lakonan Ayda dan Sharnaaz tak menjadi lah.. Tak ada aura! Drama yang ditayangkan di slot Akasia TV3 tu pulak berjaya meraih perhatian ramai.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s