Ahli UMNO Sertai Bersih Akan Dikenakan Tindakan Disiplin

Parti Melayu UMNO tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana anggota UMNO yang dilihat menyertai himpunan haram Bersih 5 yang diadakan di ibu kota baru-baru ini..

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihak mereka akan meneliti setiap rakaman video dan gambar himpunan terbabit dan akan mengenai pasti mana-mana anggota yang mengambil bahagian dalam himpunan itu.

Bukan sahaja anggota UMNO yang sertai Bersih 5 sahaja yang bakal dikenakan tindakan disiplin… Malah anggota UMNO yang sertai Gerakan Baju Merah juga akan dikenakan tindakan dan akan dibawa ke Lembaga Disiplin UMNO.

Segala tindakan akan dibuat dan diserahkan sepenuhnya kepada ahli lembaga disiplin… Sekarang ni tugas mereka adalah bagi melihat wajah-wajah yang turun pada himpunan haram tersebut.

Sementara itu, Tengku Adnan turut melahirkan rasa kecewa diatas apa yang berlaku… Sepatutnya rakyat Malaysia menghindari gejala tidak sihat itu. Tetapi tidak, mereka bagaikan berpesta di jalanan sambil memekik terlolong.

Menteri Wilayah Persekutuan itu turut sedih dengan perangai dan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bagaikan hilang akan, menyertai himpunan tersebut.

Dulu cakap lain tapi sekarang cakap lain… Tindakan mereka mengelirukan banyak pihak! Sikap mereka kini bagaikan orang yang sudah hilang akal dan terlampau menurut perasaan… Ego dan enggan mengaku kesalahan.

Sementara itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih lagi dalam proses mahu mengenal pasti berapa nilai kerugian dan sedang meneliti segala kerosakan ke atas harta awam yang berlaku sepanjang himpunan tersebut. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s