UMNO Kedah Janji Hadiahkan Kemenangan Besar Pada PRU14

UMNO Kedah dilihat berhadapan detik sukar pada PRU14 kerana pembangkang turut berhasrat menawan kembali negeri tersebut. Kesukaran ini disebabkan wujudnya parti pembangkang baru yang didalangi oleh bekas pemimpin kerajaan negeri. UMNO Kedah perlu lebih teliti dalam mengatur langkah untuk berdepan dengan pihak musuh yang tahu selok belok dalaman.

Parti serpihan UMNO akan menjadi saingan hebat kerana gerakan mereka bukan saja tertumpu kepada negeri, malah mereka turut berhasrat menggulingkan kerajaan persekutuan sekaligus melumpuhkan sistem demokrasi negara.

Namun, UMNO Kedah tetap yakin mereka akan menang besar dan meraih majoriti dua pertiga pada PRU14, walaupun perlu menempuh sikap pembangkang yang semakin agresif. Menurut Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah, fokus utama dalam merealisasikan matlamat itu adalah menerusi muafakat dalam parti serta memperkemaskan jentera pilihan raya.

Di Kedah, terdapat 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen. Pada PRU13, UMNO Kedah memenangi 21 kerusi Dun dan 10 kerusi Parlimen. Kali ini mereka turut berjanji akan memperbaiki jentera parti supaya kemenangan besar dapat dicapai sepertimana yang dijanjikan untuk memberikan hadiah kepada UMNO pada PRU14 nanti.

UMNO Kedah yakin sokongan dan kerjasama pemimpin termasuk anggota sayap wanita yang terdiri daripada wanita UMNO dan Puteri, dapat meraih kemenangan berganda. Jika masing-masing memberikan kerjasama pada PRU14 nanti, tidak mustahil kemenangan dua pertiga akan dapat dicapai dengan mudah.

Selain itu, UMNO Kedah mengambil langkah mengemaskini bahagian di Jerai, Kulim bandar baharu, Pendang dan sik yang sebelum ini hanya menang dalam majoriti yang tipis. Untuk mengekalkan kemenangan kali ini, pihak kerajaan negeri perlu lebih memantau kawasan-kawasan yang telah menjadi serangan pembangkang kerana hari ini puak PPBM semakin rancak mengadakan ceramah politik mereka.

Menteri Besar juga tidak mahu memikirkan soal pemilihan dalam parti, sebaliknya gerakan untuk mencapai matlamat pada PRU14 harus ditumpukan terlebih dahulu bagi mengekalkan kerajaan yang mentadbir negeri serta negara pada hari ini. Usaha ini bukan saja untuk mengekalkan kuasa UMNO dibahagian negeri tetapi mempertahankan kemenangan pada PRU13 lepas. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s