Parang & Buku Lima Sudah Sebati Dalam Diri Peserta Bersih

Kumpulan Bersih dan erti keganasan memang tak akan dapat dipisahkan… Kalau tak ganas bukan Bersih lah namanya. Pihak polis hari ini membuka empat kertas siasatan, ekoran daripada aduan beberapa lelaki yang mempunyai senjata merbahaya semasa perhimpunan Bersih 5 yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Pihak polis juga telah melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki yang memiliki senjata tajam… Ada juga yang memiliki parang dan buku lima. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, lelaki itu kini telah ditahan dan disiasat bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya.

Nampak tak betapa ganasnya kumpulan Bersih ni… Kata nak berhimpun dan tunjuk perasaan secara aman… Tapi lain pula jadinya, apabila mereka siap bawa parang dan buku lima. Nasib baik pihak polis berjaya mengawal keamanan dan tidak berlaku rusuhan buruk seperti sebelumnya.

Jika dahulu berlaku rusuhan sehingga menyebabkan tumpahan darah… Kali ini walaupun tidak berlaku rusuhan sehingga merosakkan kemudahan awam dan kawasan terlibat. Tetapi lain pula yang terjadi, apabila peserta Bersih bergaduh sesama sendiri. Itu la samseng sangat, sampai geng sendiri pun nak bergaduh.

Sementara itu, Amar Singh turut menasihatkan dan kesal terhadap tindakan para peserta yang turut mengheret dan melibatkan anak kecil dalam perhimpunan tidak sihat tersebut. Sepatutnya dorang tak perlu bawa kanak-kanak dan mendedahkan mereka kepada aktiviti tidak sihat dan tidak bermoral itu.

Tindakan membawa kanak-kanak ke perhimpunan haram adalah merupakan kesalahan bawah Seksyen 4(2)(F) Akta Perhimpunan Aman 2012. Selain itu, penggunaan drone juga akan disiasat bawah Seksyen 143 Peraturan-peraturan Penerbangan Awam. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s