Neelofa Dan Fattah Amin Telah Selamatkan Rumah Tangga Peminat Daripada Hancur

Tak habis-habis pasal kisah drama ‘Suri Hari Mr.Pilot’ ni u’olls.. Walaupun drama tu dah lama melabuhkan tirai, tapi masih hangat diperkatakan sehingga sekarang.. Baru-baru ni Miss dengar drama bersiri ‘Suri Hati Mr.Pilot’ telah selamatkan rumah tangga penonton..

Itulah yang didakwa oleh pelakon heroin drama berkenaan, Neelofa.. Neelofa kononnya tak menyangka drama bersiri lakonannya bersama Fattah Amin tu dapat menyelamatkan rumah tangga sepasang suami isteri.. Dua pelakon ni jadi duta ‘anti penceraian’ pulak dah u’olls!

Miss dengar pasangan tersebut hanya tunggu masa untuk bercerai, tetapi masih sebumbung kerana si isteri sarat mengandung.. Walaupun hubungan tu menunggu retak, pasangan tu tak pernah terlepas dari menonton drama berkenaan..

Itu lah yang membuatkan Neelofa terharu sangat bila dimaklumkan elemen positif yang dipaparkan, mampu menyebarkan mesej kepada ramai dan meninggalkan kesan mendalam termasuk kepada pasangan yang berdepan masalah rumah tangga seperti pasangan tersebut..

Nampaknya bagi pasangan yang menghadapi masalah rumah tangga, korang bolehlah menonton drama berkenaan.. Mana lah tahu kan dapat pulihkan hubungan u’olls.. Hahhaa.. Poyo jer lebih! Miss rasa semua drama Melayu, kebanyakkannya jalan ceritanya sama macam drama Suri Hati Mr.Pilot jugak..

Gaduh-gaduh, lepas tu baik.. Ataupun cerita ni hanya nak menaikkan kualiti drama berkenaan jer?? Ataupun Miss rasa Neelofa hanya sekadar nak mempromosikan jualan tudung Neelofa jer?? Yela, Miss dengar tudungnya begitu laris selepas drama berkenaan.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s