Nazri Aziz Tanya Geng Bersih, Perdana Menteri Dah Letak Jawatan Ke??

Menyedihkan… Agenda yang dibawa kumpulan Bersih 5 pada kali ini seakan-akan sia-sia kerana apa yang diperjuangkan mereka langsung tidak menjadi kenyataan. Bersih 5 mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan… Tapi berhasil ke??

Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz bertanyakan kepada Bersih… Perdana Menteri dah letak jawatan ke?? Kerana ujarnya beliau sudah memeriksa dan turut menghubungi Pejabat Perdana Menteri..

Sangat mengejutkan kerana sehingga kini Perdana Menteri masih belum meletak jawatan… Bukan tu je… Tindakan Bersih yang berhimpun di jalanan langsung tidak menyebabkan perdana menteri terlintas untuk menyerahkan surat peletakan jawatan.

Jelas bahawa himpunan Bersih 5 pada kali ini sekali lagi gagal… Malah mereka gagal dalam keadaan yang sangat mengaibkan. Yela, sebab Bersih 5 pada kali ini disertai oleh pemimpin terkenal seperti Tun Dr Mahathir Mohammad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kehadiran mereka berdua ini bukan sahaja menjadi penyebab kepada kegagalan himpunan Bersih 5… Tapi kehadiran mereka telah mengakibatkan peratus jumlah peserta yang sertai himpunan itu merosot dengan teruknya.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih kini semakin hambar dan tidak mendapat sambutan… Kalau korang nak sangat Najib Razak berundur dan letak jawatan, sepatutnya korang guna saluran yang betul.

Bukannya buat kerja bodoh dengan menyalak di jalanan… Kalau nak tukar pemimpin, tunggu sehingga pilihanraya akan datang. Dulu korang juga yang pilih Najib sebagai Perdana Menteri tapi kini korang pula yang nak jatuhkannya… Mungkin geng Bersih ni tak faham maksud demokrasi yang sebenarnya. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s