Muhyiddin & Mahathir Guna Bersih Untuk Balas Dendam

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bekas Perdana Menteri, Tun  Dr Mahathir Mohamad semalam dilihat menghadiri perhimpunan Bersih 5 yang diadakan di Kuala Lumpur. Kehadiran kedua pemimpin tersebut memberi makna bahawa mereka setuju dan menyokong agenda yang dibawa kumpulan Baju Kuning tersebut.

Namun apa yang menjadi persoalannya… Adakah Muhyiddin dan Mahathir benar-benar menyokong agenda Bersih 5 atau mereka hanya memperkudakan golongan itu untuk kepentingan peribadi dan usaha membalas dendam sahaja??

Cuba korang fikirkan… Kalau benar Mahathir dan Muhyiddin menyokong segala agenda yang dibawa Bersih… Kenapa semasa berapa dalam parti UMNO, mereka tidak memperjuangkan apa yang dilakukan Bersih selama ini??

Kenapa baru sekarang Muhyiddin dan Mahathir beriya-iya mahu menyatakan sokongan kepada Baju Kuning?? Adakah mereka sebenarnya hanya memperkudakan Bersih?? 

Dan apa yang menghairankan… Jika benar UMNO selama ini menang hasil dari pilihanraya yang tidak bersih, jadi bagaimana kumpulan Baju Kuning itu boleh menerima individu yang datang dari golongan yang tidak bersih?? Atau mungkin Bersih sudah lupa dengan matlamat mereka yang hanya mahu orang-orang yang bersih sahaja.

Dahulu Mahathir yang nak sangat Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri… Tapi sekarang ni menggunakan kumpulan Bersih bagi menjatuhkan pemimpin nombor satu itu pula. Perkara sama juga berlaku terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi…  Mahathir yang mengangkatnya dan Mahathir juga yang menjatuhkannya.

Perjuangan yang dilakukan Mahathir dan Muhyiddin selama ini tidak jelas… Semasa berada dalam UMNO, langsung tak timbul pasal isu pilihanraya tak bersih. Tapi bila tidak lagi dalam UMNO… Tiba-tiba memperjuangkan pilihanraya yang bersih. Anehnya!! – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s