Ketua Wira PERKASA Gesa Najib Razak Letak Jawatan

Sebelum ini kecoh ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) keluar daripada pertubuhan tersebut, ekoran terlalu taksub dengan parti politik. Kononnya sekarang mereka samakin berpuak-puak dan pertubuhan NGO yang memperjuangkan orang melayu telah dipecahkan oleh parti politik yang ada.

Umum mengetahui selama ini PERKASA menyokong sepenuhnya kerajaan BN. Tetapi kini ramai ahli PERKASA meninggalkan pertubuhan itu untuk menyokong parti pembangkang. Ahli PERKASA juga dikatakan terlalu taksub dengan sesetengah pemimpin sehingga membatalkan keahlian demi meneruskan kelangsungan dalam politik.

Menurut ketua Wira Pertubuhan PERKASA, Irwan Fahmi Ideris, mereka tidak sepatutnya mengkuti parti politik kerana PERKASA adalah sebuah pertubuhan. Beliau juga seolah-olah mahu mengutuk bekas ahli PERKASA kerana mengikut pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, sedangkan selama ini PERKASA memberi sokongan penuh kepada UMNO.

Malangnya, kenyataan ini bercanggah dengan pendapat peribadi beliau. Pada mulanya Fahmi tidak bersetuju ahli PERKASA melompat masuk kedalam parti politik pembangkang. Tetapi beliau sendiri menolak pentadbiran Perdana Menteri, DS Najib Razak. Fahmi juga menggesa supaya Najib meletakkan jawatan ekoran kerajaan menarik subsidi dan menaikkan harga petrol.

Jika PERKASA menyokong UMNO/BN sudah tentu pentadbiran Najib tidak dipertikaikan. Kenyataan itu telah menunjukkannya tidak yakin dengan pentadbiran Najib, sekaligus menggambarkan sikap beliau sama seperti bekas ahli PERKASA yang meninggalkan pertubuhan tersebut kerana mengikut pemimpin pembangkang.

Hari ini PERKASA menyebelahi pembangkang dan tidak lagi memperjuangkan melayu. Mungkin pertubuhan ini semakin retak kerana mempunyai pandangan berbeza daripada semua ahli. Sebab itu, ahli PERKASA dilihat sudah berpuak-puak dan tidak mahu menyebelahi UMNO kerana sudah banyak termakan hasutan pembangkang yang telah menular didalam pertubuhan itu. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s