Dua Ahli Parlimen PKR Dihumban Masuk Lokap

Lebih ramai Ahli Parlimen akan ditahan pihak polis diatas tuduhan dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, atas tuduhan merusuh. Ini ekoran daripada pembabitan pemimpin-pemimpin tersebut dalam rusuhan dan tunjuk perasaan Bersih 5 yang dilakukan semalam bertempat di ibu kota, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen yang turut ditahan dan dihumban ke lokap bagi siasatan adalah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Mereka ditangkap malam semalam, sejurus beberapa jam selepas selesainya himpunan haram Bersih 5 tersebut.

Tian melalui laman sosial Twitternya memaklumkan bahawa, dirinya sudah ditangkap dan kini berada di Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Selain itu Tian juga berkata “Nasib baik saya sempat mandi. Lega dapat bersama aktivis Bersih 5 dan berehat dengan tenang dalam lokap”.

Tidak lama selepas penangkapan dibuat terhadap Tian… WhatsApp Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Zuraida pula ditangkap dan dibawa ke balai. 

Tian dan Zuraida kini telah menyertai sahabat-sahabatnya ‘berpesta’ di lokap… Antara yang turut ditahan adalah Adun Canning, Howard Lee Chuan How dari DAP, aktivis Fahmi Reza, aktivis Hishamuddin Rais, Exco Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah dan seorang penunjuk perasaan Siew Tech Soon.

Bukan itu je… Juga turut serta adalah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, urusetia Bersih, Mandeep Singh, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan. 

Aktivis Anis Syafiqah Mohd Yusuf, aktivis Safwan Anang, aktivis Luqman Nul Hakim Zul Razali, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dari DAP dan bekas exco Selangor, Ronnie Liu juga dari DAP. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s