Bersih Tak Kisah Dengan Nasib Rafizi Yang Bakal Dipenjarakan

Bersih 5 pada kali ini dilihat hanya memperjuangkan agenda dan kehendak mereka yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sahaja. Malah turut mahu memenuhi kehendak Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu membalas dendam.

Bagaimana pula dengan nasib orang penting dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang banyak berjuang demi DAP dan Bersih, sejak badan tersebut ditubuhkan?? Rafizi tak pernah terlepas untuk sertai himpunan Bersih sejak ia ditubuhkan.

Tapi kenapa pada kali ini, Bersih 5 sedikit pun tidak memperjuangkan malah tidak memperdulikan nasib Rafizi yang bakal dihumban ke penjara. Rafizi ni macam tak penting je bagi Bersih… Walaupun Naib Presiden PKR tu banyak bekorban demi mereka.

Nampak tak bahawa sebenarnya Bersih langsung tak menghormati segala pengorbanan Rafizi… Rafizi tak pernah gagal sertai Bersih… Sering memberi ucapan dan menaikkan semangat golongan tersebut sejak tahun 2007.

Tapi kali ini, nama Rafizi langsung tidak disebut… Bagaikan dibuang terus akibat takdirnya yang bakal dipenjarakan. Mungkin Bersih fikir sudah tidak banyak pengorbanan yang dapat Rafizi lakukan… Tambahan pula dia bakal dipenjarakan.

Sepatutnya Bersih 5 harus memperjuangkan nasib Ahli Parlimen Pandan itu sebagai tanda penghargaan dan menghargai segala pengorbanannya. Ini tidak, dorang buat tak tahu je… Sedangkan bila Anwar dipenjarakan dulu, boleh pulak korang pertahan dan perjuangkan.

Kali ini Bersih lagi sibuk melayan dan memuliakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamed… Layan seperti VVIP. Sebaliknya Rafizi dibuang bagai sampah… Umpama kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Bersih hanya mempertahankan orang yang boleh memberi keuntungan kepada Bersih.. Mungkin Rafizi tidak lagi beri keuntungan pada Bersih. Rafizi bakal dipenjarakan selama 18 bulan akibat memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB dan melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.

Rafizi turut mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran di lobi parlimen pada 28 Mac dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama. – TiraGomez/UtaraNews.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s