Bersih 5 Tak Dapat Sambutan Kerana Adanya Mahathir

Majoriti rakyat Malaysia yang turun pada himpunan Bersih 5 pada tahun ini, merosot teruk jika hendak dibandingkan pada tahun sebelumnya. Berdasarkan jumlah peserta Bersih 5 yang turun semalam, dilihat hanya 3 peratus daripada jumlah Bersih 4 yang lalu.

Jika Bersih 4 pada tahun lalu dianggarkan seramai 500,000 ribu seperti yang didakwa kumpulan Baju Kuning itu… Tapi pada Bersih 5 kali ini, dianggarkan hanya seramai 15,500 ribu sahaja. Ini bermakna hanya 3 peratus sahaja yang turun, manakala 97 peratus lagi sudah beralih angin.

Apa punca 97 peratus peserta yang dahulunya menyokong tapi kali ini menolak Bersih?? Adakah ini semua kerana penglibatan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad? Jelas penyokong Bersih kini menolak himpunan tersebut hanya kerana Mahathir.

Mereka menolak sikap hipokrit Mahathir dan parti baharunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, orang Melayu menolak Bersih kerana sudah tidak percayakan Mahathir.

Mahathir menjadi punca kepada kegagalan Bersih dan kemusnahan terhadap Pakatan Harapan. Penglibatan Mahathir dilihat sebagai pendorong kepada orang Melayu untuk sertai Bersih dan menyokong Pakatan Harapan. Akan tetapi semua itu tidak berlaku kerana orang Melayu sudah muak dengan agenda busuk Mahathir.

Kesan daripada penyertaan Mahathir dalam himpunan Bersih… Angka peserta yang hadir, jatuh merudum sehingga 97 peratus. Orang Melayu sedar mengenai agenda peribadi Mahathir, malah enggan menjadi orang suruhannya.

Mungkin orang Melayu dah mual nak tengok muka Mahathir sebab tu dorang pilih untuk duduk di rumah je. Lagipun rakyat dah nampak bahawa PPBM akan menemui kegagalan dan bakal terkubur. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s