Bersih 5 Kali Ini Hanya Disertai 15,500 Peserta

perhimpunan-bersih-5-pada-19-november-maria-chin

Sejumlah 18,000 peserta Baju Merah dan Baju Kuning telah mengikuti perhimpunan Bersih 5 yang berlangsung di ibu negara pada Sabtu.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan telah mengesahkan, 15,500 peserta adalah dari kumpulan Baju Kuning manakala 2,500 pula ialah Baju Merah.

Himpunan Baju Merah berkumpul di sekitar Putra World Trade Centre (PWTC), Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Peserta Baju Merah berarak ke Padang Merbok setelah diarahkan anggota polis yang bertugas.

Sementara peserta Bersih 5 berkumpul di Dataran Maybank, stesen LRT Bangsar, Masjid Negara, Masjid Jamek, Dataran Merdeka dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh turut mengesahkan beberapa individu ditahan antaranya Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan aktivis politik, Hishamuddin Rais.

Polis turut menahan dua lelaki lagi Melayu masing-masing berusia 33 tahun.

Lelaki terbabit ditahan kerana membawa senjata berupa parang dan buku lima, sementara seorang lagi ditahan kerana mencederakan seorang lelaki Cina daripada kumpulan baju kuning dengan menendangnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s