BERSIH 5 Ancam Keamanan Hidup Masyarakat

Perhimpunan BERSIH 5 telah diadakan pada Sabtu lepas, perhimpunan ini dilihat telah mengganggu ketenteraman masyarakat dan keamanan negara serta menutup pintu rezeki para peniaga. Dikhabarkan peniaga di sekitar pusat bandar terpaksa menutup pernigaan mereka kerana perhimpunan haram tersebut.

Mereka terpaksa menanggung kerugian yang besar sehingga mencecah jutaan ringgit, gara-gara BERSIH 5. Itu hanya terdiri daripada premis yang ada dikawasan sekitar, tidak termasuk penjaja kecil yang membuka gerai di tepi-tepi jalan. Ternyata perhimpunan ini lebih menyusahkan hidup rakyat dan membebankan para peniaga.

Hakikatnya, tiada sebarang impak positif yang boleh dilihat selepas perhimpunan haram ini berlangsung. Imej negara juga telah hancur dek kerana kerakusan pembangkang yang kononnya mahu mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan dan mahukan pilihan raya yang bersih pada PRU14.

Menurut Ketua Menteri Melaka DS Idris Haron, perhimpunan haram BERSIH telah mengancam keamanan hidup masyarakat. Beliau juga berkata perhimpunan itu diadakan oleh pihak tertentu, mereka sengaja menimbulkan ketakutan dan mencetuskan ketegangan di kalangan masyarakat dengan mengatakan negara kini dalam keadaan cukup tertekan.

Sekiranya penyokong BERSIH mahu memilih kerajaan baru, mereka tidak seharusnya mengadakan perhimpunan haram yang akhirnya membawa impak negatif terhadap rakyat. Sebaliknya jika mereka benar-benar tidak mahu kerajaan hari ini, mereka boleh menunggu sehingga pilihan raya untuk menentukannya.

Perhimpunan haram bukan saja menyusahkan masyarakat, malah angota keselamatan dibebani tugas berat kerana tingkah laku puak BERSIH. Pemimpin BERSIH pula asyik sibuk mencanang keburukan negara, sehingga tidak sedar ia telah mencalar imej negara di mata orang luar.

Dalam pada itu, sikap tidak matang segelintir pemimpin pembangkang yang tamakkan kuasa dan mahu keturunan sendiri memegang kuasa, memang akan melakukan apa saja termasuk turun padang menyokong BERSIH.

Malangnya, semua itu hanya membuang masa kerana perhimpunan haram tidak memberi kesan terhadap pentadbiran kerajaan sedia ada. Sepatutnya perhimpunan haram dihentikan untuk memastikan keamanan negara dan masyarakat. Pilihan raya harus digunakan sebagai medium untuk mengubah pentadbiran kerajaan, sekaligus menghormati sistem demokrasi. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s