Jamal Yunos Ditahan Reman Empat Hari

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama dua lagi pengikutnya ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Perintah tersebut diperoleh di Mahkamah Majistret Ampang di sini, dan Majistret Mohd Izwan Mohd Noh turut mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap dua aktivis NGO itu, Ariffin Abu Bakar serta Abdul Razak Hassan.

Penasihat Undang-undang Gerakan Merah Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, ketiga-tiga individu berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147/187/353 Kanun Keseksaan.

“Saya ingin memaklumkan pada 1.30 pagi tadi Datuk Seri Jamal ditahan oleh sepasukan polis IPK (Ibu Pejabat Kontinjen) Selangor berhubung insiden kekecohan di Ampang Point 13 Nov lepas.

“Dua lagi turut ditahan ialah aktivis gabungan NGO (Merah) Ariffin Abu Bakar dan Abdul Razak,” katanya..

Ketiga-tiga mereka dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s