Budak Lelaki 9 Tahun Selamatkan Adik Dari Jatuh Meja

4

Jangan ingat kecik-kecik tak boleh jadi hero, memang hebat dan pantas betul budak kecik ni dalam menyelamatkan nyawa adiknya dari jatuh meja.. Ini la masalahnya bila mak cuai dalam menjaga anak, nasib baik ada anak superhero macam budak ni.. Disebabkan kecuaian mak, bayi berumur 11 bulan hampir maut akibat jatuh dari meja..

Bayi tu diletakkan atas meja yang tinggi sebab si mak nak tukar lampin.. Waktu nak tukar lampin bayi tu, ada anak kecil yang lain dah merengek dan ibunya bertindak meninggalkan bayi tersebut atas meja tanpa pengawasan.. Korang pun tahu kan, bayi ni bukan tahu duduk diam.. Bila bayi tersebut bergerak-gerak dan hampir jatuh dari meja tersebut..

Nasib baik abang bayi tersebut yang dikenali sebagai Joseph ada kat tempat kejadian dan nampak adiknya nak jatuh.. Cepat-cepat Joseph sambut adiknya dari jatuh dengan tangan.. Joseph pun baru umur 9 tahun, walaupun badan kecik tapi mampu tangkap adiknya dari jatuh..

Memang ajaib weh! Sebenarnya Joseph tak boleh nak angkat adiknya yang kecik tu sebab berat.. Entah macam mana waktu adiknya tu nak jatuh, dia boleh tangkap dan tampung berat adiknya dari jatuh ke lantai.. Kalau adiknya jatuh ke lantai, mesti dapat kecederaan yang serius.. Tinggi juga meja tu weh!!

Mak-mak kat luar sana tu pun kalau nak tukar lampin anak, tak payah la nak letak anak kat tempat tinggi macam tu.. Bila dah leka dan cuai, anak boleh jatuh tahu tak.. Tukar jelah lampin tu kat lantai, kang tak pasal-pasal boleh hilang nyawa bayi sebab kecuaian mak.. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s