BERSIH Bukan Lagi Berkaitan Pilihan Raya

Slogan BERSIH dikaitkan dengan pilihanraya hanyalah umpan untuk memancing rakyat dan mengaburi mata polis.

BERSIH digunakan untuk menjatuhkan DS Najib Razak dengan cara menghasut rakyat baik yang menghadiri demontrasi BERSIH ataupun yang tidak hadir, agar menjatuhkan DS Najin Razak dari jawatan PM Malaysia.

Buktinya, pendemontrasi telah berteriak tujuan mereka untuk menjatuhkan DS Najib Razak kerana tidak tahan dengan situasi negara.

Teriakan yang boleh dilihat secara langsung dari FB.

Teriakan mereka sebagai menyahut seruan Mahathir yang direkod dalam video seruan beliau supaya rakyat turun menyertai BERSIH sebagai usaha menjatuhkan DS Najib Razak.

Teriakan mereka yang menunjukkan BERSIH telah melanggar undang-undang dengan membawa maksud wujudnya elemen jenayah sabotaj atau menggugat demokrasi berparlimen.

Teriakan mereka menunjukkan bahawa mereka sedang mencabar pihak berkuasa dan menunjukkan mereka tidak lagi menghormati pihak berkuasa.

Teriakan mereka juga menunjukkan bahawa segala amaran POLIS sudah tidak dihiraukan oleh mereka. apa yang mereka tahu, DS Najib Razak perlu dijatuhkan sebagai menyahut seruan Mahathir.

Teriakan mereka juga melambangkan bahawa teori Dr Gene Sharp sudah tersemat kukuh dalam diri pendemontrasi dengan sasaran pendemontrasi mahu menjatuhkan pemimpin negara serta kerajaan.

Sampai bila pihak POLIS perlu berlembut dengan mereka. Semakin dibiarkan, semakin rosak rakyat kerana terpengaruh dengan pendemontrasi.

Turki wajar dijadikan contoh ketegasan pihak berkuasa terhadap pengkhianat.

Polis New York juga wajar dijadikan contoh dengan menangkap lebih 150 orang pendemontrasi yang membantah kemangan Trump.

POLIS Malaysia? Adakah apabila negara huru hara baru pihak berkuasa hendak bertegas dengan kumpulan pendemontrasi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s