Aliaa Syafiqah Selamat Ditemui

Remaja perempuan berusia 13 tahun, Aliaa Syafiqah Nazar yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu telah selamat ditemui di ibu negara pada petang Jumaat.

Bapa remaja itu Mohd Norjuahari Nazar Nazari mengesahkan perkara ini ketika dihubungi pihak media pada lewat Jumaat.

“Kami sekeluarga mengucapkan syukur ahamdulillah kerana telah ditemukan dengan anakanda kami. Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam usaha mencari Aliaa. Saya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menunaikan solat hajat di surau dan masjid selepas berita kehilangan Aliaa dilaporkan,” kata Norjuahari.

“Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang telah terlibat secara langsung dalam usaha mencari anak saya,” tambah beliau.

Menurut Norjuahari, Aliaa berada dalam keadaan sihat ketika ditemui.

Aliaa Syafiqah tidak dapat dikesan selepas kali terakhir dilihat di perkarangan sekolahnya di Kampung Sungai Tangkas, Bangi, kira-kira jam 7.50 pagi Rabu.

Laporan turut memetik Aliaa dikatakan tertekan dengan rakan-rakan sekolah kerana sering bertanyakan tentang ibunya yang tidak ditemui semenjak 2008.

Mohd Norjuahari dipetik berkata, Aliaa yang tinggal bersama keluarganya di Bandar Baru Bangi, disedari hilang kira-kira 10 pagi Selasa selepas didapati tiada di dalam bilik tidurnya.

Anak sulungnya itu kali terakhir dilihat di perkarangan sekolah dengan berbaju merah jambu, bertudung labuh berwarna jingga dan berpurdah, berseluar jeans serta memakai beg sandang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s