Najib Razak Bimbang Pertembungan Yang Bakal Berlaku Diantara Baju Merah Dan Baju Kuning

6a-copy

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan perasaan bimbang beliau terhadap pertembungan yang bakal berlaku antara kumpulan Bersih dan Gerakan Baju Merah pada Sabtu ini.

Pertembungan empat mata antara Baju Kuning dan Baju Merah itu bakal berlaku pada 19 November, Sabtu di Kuala Lumpur. Apa yang menggusarkan perdana menteri adalah pertembungan itu bakal berlaku serentak dan dikhuatiri berlaku pergaduhan.

Tak kisah kalau sebelah pihak nak lakukan bantahan terhadap pentadbiran… Dan tidak menjadi masalah untuk sebelah pihak terpanggil untuk mempertahankan dan melindungi kerajaan. Namun, diharapkan supaya tidak berlaku sebarang pertembungan fizikal yang mampu menyebabkan kecederaan.

Memetik kisah yang berlaku seperti Arab Spring… Najib terpanggil untuk menasihat mereka yang bakal terlibat dengan himpunan tersebut. Jangan sampai nak lakukan perubahan terhadap kerajaan tetapi akhirnya menyebabkan kesengsaraan pada rakyat sendiri.

Rusuhan Arab Spring yang berlaku adalah satu proses anti kerajaan… Memberontak dengan menggunakan senjata dan menjadi pemberontakan bersenjata yang tersebar di Timur Tengah pada awal tahun 2011.

Himpunan Bersih diadakan bagi mendesak kerajaan melakukan perubahan terhadap pentadbiran… Malah mahu menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia. Bagaimanapun himpunan Baju Merah pula diadakan bagi menghalang kumpulan Baju Kuning tersebut yang diwakili Bersih.

Seeloknya ada cara yang lebih baik jika rakyat mahu menukar kerajaan… Tak perlu nak melalak di jalanan semata-mata untuk menyuarakan pandangan mereka. Kalau nak tukar kerajaan sangat, kenapa tak ikut je cara perlembagaan sedia ada??

Kenapa perlu nak cetuskan huru-hara hanya kerana mahu suara mereka didengari?? Lebih baik mereka bertindak dengan memilih kerajaan baru pada pilihanraya akan datang. Daripada buang masa mendesak kerajaan di jalanan. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s