Mahathir Lari, Petanda Bersih 5 Tak Dapat Sambutan

4-copyBersih 5 yang akan diadakan pada Sabtu ini sudah menerima tamparannya apabila ikon utamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau tidak akan menghadirinya kerana berada di luar negara ketika itu.

Ternyata pengumuman berkenaan amat berbeza sekali dengan kenyataan Mahathir pada 2 Oktober lalu, yang mengesahkan beliau akan hadir pada himpunan haram itu.

Bukannya Mahathir tidak tahu tarikh penganjuran Bersih akan diadakan pada 19 November kerana ia telah diumumkan beberapa bulan lepas.

“Seperti tahun lalu, saya turut serta dan tahun ini saya akan hadir juga,” katanya ketika ditanya media pada 2 Oktober lalu.

Alih-alih, Mahathir dalam satu temubual dengan stesen radio online Bangsar Utama, pada Rabu, memberitahu beliau akan berada di luar negara pada 19 November ini kerana ia sudah dirancang lama.

Nampak sangat beliau cuba mengelak kerana jika Mahathir sudah membuat perancangan untuk keluar negara sejak lama dulu, sudah pasti beliau akan menyatakan tidak hadir dan menyertai himpunan haram itu bersama dengan barisan pembangkang lain.

Jika kita amati dengan lebih dekat, apakah tandanya ini? Ia menunjukkan bahawa Bersih 5 tidak mendapat sambutan. Daripada menanggung malu kerana menyertai perhimpunan yang tidak akan mendapat sambutan ramai, lebih baik tidak hadir.

Inilah drama politik Mahathir. Ketika menjadi Perdana Menteri dulu, Mahathir amat membenci demonstrasi jalanan ini, tetapi kini beliaulah yang memberikan sokongan utama.

Pada Bersih 4 tahun lepas, beliau hadir di Dataran Merdeka pada saat-saat akhir dengan matlamat untuk memberikan sokongan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun malangnya empat siri Bersih yang diadakan selama ini gagal. – BeruangBiru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s