Kenapa Guan Eng Perlukan 41 Kakitangan Di Pejabat Ketua Menteri?

Dengar cerita kakitangan di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berjumlah 41 orang pada masa ini, jauh lebih besar ketika Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri ketika Barisan Nasional (BN) memerintah.

Difahamkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pihak pejabat Guan Eng mengambil pekerja baru tetapi fungsi dan tugas mereka secara jelas tidak diketahui.

Ketika pentadbiran BN, dengan 15 orang berkenaan, ia cukup untuk menjalankan pentadbiran kerajaan.

Jumlah kakitangan yang bertambah itu bercanggah dengan apa yang diperkatakan oleh DAP sebelum ini yang kononnya mahu mengecilkan saiz penjawat awam di peringkat Persekutuan jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum (PRU).

Kakitangan awam di peringkat Persekutuan yang bermaksud di seluruh negara ada lebih sejuta orang dan menurut DAP dulu, sebahagian besarnya akan dibuang kerana kata mereka ia akan membebankan kerajaan mereka dari aspek pembayaran emolumen.

Boleh diilihat sebenarnya Guan Eng mahu kakitangan awam hanyalah yang sama pendirian dengan DAP atau pun yang sama bersetuju dengan cara pentadbiran DAP bukannya mahu membantu rakyat mendapat pekerjaan.

Dengan jumlah kakitangan awam yang kecil, pentadbiran DAP akan lebih mudah untuk memastikan sokongan dari penjawat awam yang juga pengundi akan kekal kepada DAP.

Begitulah parti dalam pembangkang jika sudah tamakkan kuasa. Jika mendapat mandat mereka akan berusaha untuk memastikan kuasa mereka terus kekal tanpa berkerja keras memberikan apa yang terbaik untuk rakyat.

Entah apa fungsi kakitangan yang ramai di pejabat Guan Eng pun tidak diketahui.

Guan Eng diketahui kini adalah seorang yang sedang didakwa di Mahkamah Tinggi Georgetown kerana tuduhan rasuah dan salah guna kuasa kerana membeli rumah banglo dengan harga yang jauh murah daripada harga pasaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s