Isteri Menggatal Dengan Lelaki Lain Bila Suami Dah Jadi Cacat

bini

Waktu bercinta semuanya indah, kentut pun bau wangi.. Sanggup berjanji sehidup semati dengan suami dan isteri sampai ke syurga bagai.. Tengah pasangan tu sihat walafiat memang la berjanji nak sehidup semati.. Bila pasangan tu dah jatuh sakit, barulah kita boleh tengok setia ke tidak pasangan korang..

Mana yang dok berjanji sehidup semati pun sanggup lupakan janji sendiri dengan alasan dah tak mampu nak tanggung dan penat.. Kalau nak cari pasangan, jangan la dok cari pasangan macam minah ni weh! Baru diuji suami lumpuh terus nak minta cerai dengan suami beb! Mana janji dulu yang katanya sanggup bersusah senang dengan suami?

Perempuan di uji bila suami susah, dan suami pula di uji bila senang.. Memang suami dah nampak yang bini dia ni tak boleh pakai.. Dah la suami lumpuh, bini boleh pula dok menggatal dengan jantan lain.. Bila dah menggatal asam keping, mula la ambil keputusan nak bercerai dengan suami sebab dapat janji manis dari seorang duda..

Suami lumpuh pun bukan dia minta weh!! Dia lumpuh sebab kemalangan motor lepas balik dari tempat kerja.. Suami kemalangan sebab nak mencari nafkah untuk anak dan isteri, bila suami sakit, senang-senang macam tu saja bini nak bercerai dengan suami..

Waktu bercinta, berjanji manis macam-macam.. Kalau dah tertulis takdir ko pun lumpuh macam suami ko bila berkahwin dengan duda tu, agak-agak duda tu nak jaga ko ke weh? Silap-silap macam mana ko buat kat suami ko bila lumpuh, duda tu pun akan ceraikan ko macam tu je bila ko sakit..

Kifarah tu tak tahu bila, roda tu bulat hari ni korang buat kat orang.. Suatu hari nanti, mana tahu benda tu jadi kat korang sendiri.. Minta jauh la kalau dapat pasangan hidup macam ni, bila senang saja nak bersama.. Bila susah nak ditinggal-tinggalkan.. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s