Forum DAP Di Lahar Yooi Bertukar ‘Tragedi’

1-copy

Forum anjuran DAP berkenaan insiden seorang peniaga melayu yang membunuh diri dengan terjun dari jambatan P.Pinang di Tasek Gelugor semalam, bertukar tragedi kerana berlangsung di dewan yang hampir kosong.

Pada awalnya, penganjur forum tersebut menjangkakan kehadiran 1000 penduduk serta masyarakat setempat ke forum tersebut. Bagaimanapun, hanya 100 orang sahaja yang hadir termasuk SB dan juga media.

Sebelum ini, forum anjuran DAP itu dikecam hebat oleh pelbagai lapisan rakyat di P.Pinang termasuklah beberapa pemimpin UMNO, kerana didakwa cuba mempolitikkan hukum bunuh diri dikalangan umat Islam.

DAP dilihat sebagai cuba memprovokasi orang ramai, apabila cuba menjadikan individu yang membunuh diri itu sebagai hero rakyat dan kematiannya dianggap sebagai pengorbanan.

Forum tersebut dihadiri oleh beberapa pemimpin Pakatan dari DAP dan juga PAN. Mereka cuba mempengaruhi minda rakyat agar bangkit menentang kerajaan yang didakwa menjadi punca kematian peniaga melayu terbabit.

Wakil dari PAN iaitu Mujahid Yusuf Rawa pula secara keterlaluan apabila menggunakan hadis Rasullullah SAW untuk menghalalkan perbuatan bunuh diri yang dilakukan peniaga itu.

Didalam kenyataannya semalam, Mujahid menjelaskan kematian peniaga tersebut adalah disebabkan politik dan rasuah dikalangan pemimpin negara yang semakin teruk.

Selain menuduh kerajaan membiarkan rakyat hidup melarat dan terseksa didalam negara, Mujahid juga mahu rakyat jadikan kes bunuh diri itu sebagai pencetus kebangkitan untuk menumbangkan kerajaan.

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari pula menganggap kematian melalui bunuh diri tersebut, sebagai satu perbuatan yang harus dipandang tinggi kerana ia merupakan pengorbanan untuk Malaysia.

Menurut beliau, apa yang dilakukan oleh peniaga terbabit adalah masalah semua pihak dan tak harus dianggap sebagai sekadar masalah undang-undang kerana penyeludupan rokok semata-mata.

Didalam Islam, perbuatan membunuh diri adalah dilarang sama sekali dan dianggap berdosa besar. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa sesiapa yang membunuh diri akan ditempatkan didalam neraka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s