Bekas Pemimpin UMNO P.Pinang Akui Guan Eng Sangat Sayang Pada Bangsa Melayu

6-copy

Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi negeri P.Pinang, DS Sharif Omar mendakwa Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng telah melakukan yang terbaik untuk orang melayu di negeri ini.

Sharif yang juga bekas Menteri Pertanian dan juga bekas Ketua Bahagian UMNO mendakwa, slogan Hidup Melayu yang dilaungkan oleh UMNO hanyalah sandiwara kerana ia digunakan untuk merosakkan bangsa melayu.

Didalam satu forum yang dianjurkan oleh DAP di Tasek Gelugor semalam, Sharif juga mencabar orang melayu khususnya rakyat P.Pinang membuktikan bahawa Guan Eng seorang yang sangat Anti kepada melayu.

Beliau menegaskan bahawa sepanjang ingatannya, tiada langsung sebarang perbuatan Guan Eng yang boleh dikategorikan sebagai Anti Melayu seperti yang dituduh oleh masyarakat, khususnya penyokong UMNO selama ini.

Sharif juga menempelak UMNO P.Pinang yang kehabisan modal dan masih lagi menggunakan slogan perkauman, iaitu ‘Hidup Melayu’ untuk menipu rakyat.

Rakan baik kepada Mat sabu itu juga mendakwa, Lim Guan Eng adalah jauh lebih baik dari pemimpin-pemimpin UMNO yang sangat rasis dan juga asyik menipu rakyat selama ini.

Didalam forum berkenaan juga, Sharif mendakwa beliau menyertai PAN kerana mahu mengubah negara dan mahu memperjuangkan nasib rakyat di P.Pinang.

Sebagai makluman, DS Sharif Omar bertindak keluar dari UMNO pada tahun 2013 kerana merajuk apabila nama beliau tidak dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Tasek Gelugor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s