Anwar Ibrahim Tuduh Putrajaya Sengaja Penjarakan Rafizi Ramli

10a-copy

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh bahawa Putrajaya selama ini sengaja menjerat wakil rakyat pembangkang sehingga seorang demi seorang daripada mereka dihumban masuk ke dalam penjara.

Ujar Anwar, Putrajaya sengaja mengenakan strategi memenjarakan wakil rakyat dari pembangkang bagi mengelakkan mereka terlibat dalam pilihanraya umum akan datang. Tambahnya, Putrajaya sengaja mengenakan dan mengambil kesempatan melalui undang-undang bagi mematahkan pembangkang yang kononnya menekankan suara rakyat.

Malah Anwar menyifatkan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sebagai sesuatu yang disengajakan. Malah dakwaan terhadap Tian Chua dan Surendran kini juga dituduh berpunca dari Putrajaya.

Tuduhan tidak masuk akal Anwar Ibrahim ini jelas hanya mahu menutup pekung dan kesalahan yang dilakukan wakil rakyat pembangkang selama ini. Keputusan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Rafizi, dilakukan oleh pihak mahkamah dan langsung tiada kena mengena dengan Putrajaya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan ke Rafizi kerana didapati bersalah membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB.

Menurut Anwar, tindakan membocorkan maklumat sulit berhubung laporan audit 1MDB tersebut baginya bukan sesuatu yang salah… Malah, ia dianggap sebagai satu pengorbanan besar dan tanggungjawab kepada negara.

Kononnya Rafizi ni berani sebab tu dia mampu untuk lakukan sedemikian… Bagi Gomez itu bukan berani, tapi ia tindakan bodoh kerana mendedahkan maklumat sulit. Kalau iye pun nak berkorban untuk negara, perlu ke nak dedahkan maklumat sulit siasatan tanpa kebenaran??

Macam tu ke dipanggil tanggungjawab? Rafizi dijatuhkan hukuman penjara kerana kesalahannya sendiri… Dan bukan atas agenda sulit Putrajaya seperti yang didakwa Anwar. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s