Ratu Naga Pun Nak Jadi Kaya Raya Macam Ketua Pemuda PKR Juga!

7a-copy

Cita-cita Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali dengan nama Ratu Naga, nampaknya semakin menjadi kenyataan. Apa cita-cita Ratu Naga?? Dia sebenarnya nak jadi jutawan dan kaya raya macam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly.

Namun hasrat Ratu Naga itu terpaksa dikuburkan buat sementara waktu kerana kekayaan luar biasa yang dimiliki Adam itu tiba-tiba terdedah dan menjadi kecoh. Mana tidaknya, baru berusia 28 tahun tapi dah dapat pangkat ‘Datuk’, malah memiliki sebuah banglo mewah bak istana, berjuta-juta jugak la nilainya.

Jelas tujuan sebenar Ratu Naga sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukanlah untuk memperjuangkan kebebasan Anwar Ibrahim sangat pun! Tapi sebenarnya Ratu Naga ni nak bina empayar kekayaan macam Adam.

Kalau taknak jadi kaya, masakan Ratu Naga ni mahu duduk dibawah ‘payung’ Ketua Wanita PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin. Dah tu dilantik pula untuk menjadi Ketua Unit Media Sosial PKR yang pastinya berada di bawah Zuraida.

Menurut sumber dalam PKR, dengar kata Ratu Naga ini dibayar sebanyak RM8,000 sebulan sebagai elaun bulanan oleh proksi Zuraida… Perhhhhh, masyuk gila! Itu baru elaun bebbb! Belum lagi gaji sebenar… Ohhhh, patut la Ratu Naga beriya-iya sangat nak kerja politik dengan pembangkang.

Bukan tu je… Dengar kata dari sumber dalaman Pakatan Harapan… Ratu Naga sekarang ni sedang mengintai peluang untuk menjadi Ahli Majlis di bawah naungan parlimen Zuraida. Malah perlantikan itu akan dibuat setelah selesainya dan tamat tempoh kontrak penggal jawatan ahli-ahli majlis.

Walaupun ada yang membantah tindakan Ratu Naga tu… Tapi ada ke orang yang berani lawan kehendak Zuraida tu?? Lepas ni pada tahun 2017, korang semua dan terutama sekali rakyat Selangor bakal menyaksikan barisan muka-muka baru Ahli Majlis PBT yang pastinya semua datang dari kumpulan Zuraida. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s