Ramona Zamzam Tayang Aksi Menghisap Di Instagram

Sebelum ni pelakon suam-suam kuku, Ramona Zamzam pernah mencetuskan kontroversi panas dan dikecam ramai kerana memuat naik gambar memegang anjing di akaun Instagramnya.. Pada mulanya Miss ingatkan Ramona tak akan tampil memberi respon mengenai isu panas tu..

Setelah lama berdiam diri, Ramona tampil dan membidas kembali kritikan ramai dengan mengatakan yang dia tak melakukan kesalahan dan memegang anjing tu dalam keadaan kering.. Gambar yang mencetuskan kontroversi tu pun, Miss tengok Ramona tak padam sampai sekarang..

Selepas kontroversi panas tu dah senyap, Ramona sekali lagi sengaja nak menarik perhatian dengan memuat naik gambarnya sedang baik punya menghisap shisha.. Adoyaii Ramona.. Buruk benor lah seorang perempuan tayang aksi macam ni!

Lebih-lebih lagi Ramona merupakan seorang ‘public figure’.. Dia telah menunjuk sikap yang negatif pada umum! U’olls tengok jer lah gambar ni, bukan main bangga lagi Ramona menayang aksinya menghisap shisha.. Kalau dilihatkan caranya menghisap shisha, dah nampak macam professional..

Nampak sangat ni bukan kali pertama dia menghisap shisha.. Mungkin dah menjadi rutin harian Ramona agaknya, tengok jer lah alat shisha tu dah siap tersedia di rumah dia.. Tetapi kalau Ramona nak hisap shisha atau rokok sekali pun, Miss rasa dia tak perlu lah tergedik-gedik tayang aksi dia tu secara terbuka di media sosial..

Ia hanya memberi pengaruh yang tak baik, terutama kepada golongan muda-muda.. Kalau ya pun nak jadi diri sendiri, agak-agak lah.. Tunjuk lah sesuatu yang mendatangkan faedah sikit yer Ramona!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s