Rafizi Ramli Gembira Bila Dihumban Masuk Ke Dalam Penjara

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyatakan bahawa dirinya langsung tidak berasa sedih, sekiranya dia dihumban ke penjara. Malah sebaliknya dia merasa begitu gembira dengan keputusan mahkamah tersebut.

Rafizi dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan pada Isnin lalu, diatas kesalahan membocorkan maklumat sulit mengenai kerajaan. Tindakannya didakwa dibawah Akta Rahsia Rasmi yang membawa hukuman penjara.

Namun ‘menginap’ di penjara bukan menjadi masalah besar kepada Rafizi… Sebaliknya Rafizi mendakwa dia akan tidur dengan lena dan bahagia di sebalik tirai besi tersebut.

Oleh itu, Rafizi menyeru agar semua penyokongnya jangan bersedih diatas keputusan mahkamah tersebut. Tak payah nak kasihan pada diri dan keluarganya, jika dia benar dipenjarakan.

Kononnya, Rafizi mampu tidur lena dalam lokap sebab sudah menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah. Yela tu… Amanah memfitnah ke?

Tambah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, daripada dok kesiankan dirinya… Lebih baik dorang kesiankan nasib keluarga miskin yang “ditindas” oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mungkin Rafizi langsung tak kisah dengan nasib isterinya yang terpaksa menanggung beban sendiri setelah dia dipenjarakan.

Untuk apa bersedih dengan tindakan Rafizi yang memakan dirinya sendiri tu?? Dia yang cari pasal dan buat jenayah… Jadi memang patut pun dikenakan hukuman sebegitu. Beberapa hari yang lalu, Mahkamah Sesyen memutuskan Rafizi bersalah dalam dua pertuduhan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.

Terdahulu… Rafizi bertindak membocorkan maklumat sulit berkenaan 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) yang berhalaman 98 hasil daripada laporan Ketua Audit Negara. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s