Neelofa ‘Goda’ Nabil Untuk Jadi Isteri Kedua!!

q

1q

2q

Siapa lah yang tak kenal dengan pelakon popular Hajah Neelofa ni kan.. Sejak drama lakonannya bersama pelakon kacak, Fattah Amin dalam ‘Suri Hati Mr.Pilot’ berjaya menarik perhatian ramai dan meletop-letop, nama Neelofa sentiasa meniti di bibir netizen.. Miss tengok sampai sekarang, ‘demam’ drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ masih belum reda..

Padahal drama tu biasa jer jalan cerita dia, lebih kurang sama je dengan drama lain.. Cuma dua pelakon utama drama berkenaan jer pandai menarik perhatian orang ramai untuk menonton drama tersebut.. Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal pasangan ‘sweet’ tu pun, dah muak dah nak cerita pasal dorang..

Ini cerita mengenai Hajah Neelofa dan Haji Nabil Ahmad.. U’olls ada menonton program ‘MeleTOP’ baru-baru ni tak?? Miss dengar kecoh studio ‘MeleTOP’ bila Neelofa panggil Nabil dengan gelaran ‘baby’!! U’olls tengok jer lah video ni, tercengang Nabil bila Neelofa panggil dia ‘baby’..

Amboii Neelofa.. Semakin gedik pulak Neelofa ni kan.. Tak habis-habis dok tarik perhatian! Confirm isteri Nabil yang menonton program tu akan panas bontot dan menyirap darah, bila perempuan lain panggil suami dia dengan gelaran manja macam tu..

Silap-silap bila Nabil balik rumah, habis periuk melayang atas kepala.. Hahaaaha.. Gara-gara video panas ni jugak, Neelofa telah dihentam oleh netizen sebagai perempuan gedik.. Miss kadang-kadang dok layan jugak program ‘MeleTOP’ ni.. Miss rasa, ini bukan kali pertama Neelofa dok tergedik-gedik dengan Nabil..

Sebelum ni ada jer aksi-aksi manja dorang tayangkan ketika program Meletop berlangsung.. Miss tak hairan bila ramai yang mendakwa Neelofa suka dengan Nabil, cuma sayangnya Nabil dah kahwin.. Kalau Nabil tak kahwin lagi, Miss rasa dah lama Neelofa mengorat Nabil.. Betul tak?? – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s