Mukhriz Libatkan Datin Seri Rosmah Di Dalam Ceramah Politik Beliau

15027594_1239218159472354_5277549412180280716_n

Dalam ceramah pembangkang sebelum ini, mereka sering mencanangkan cerita-cerita yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Sedangkan beliau tiada kaitan dengan pentadbiran negara ataupun segala urusan berkaitan. Untuk merancakkan ceramah mereka, isu ini sengaja ditokok tambah.

Tidak dinafikan pembangkang memang suka meraih populariti murahan. Hakikatnya rakyat bukannya mahu mendengar ceramah berunsurkan fitnah, tetapi rakyat lebih terbuka untuk hadir ceramah mereka kerana ingin tahu perancangan parti pembangkang untuk masa depan negara dan masyarakat. Buang masa sekiranya ceramah mereka hanya berunsurkan fitnah kepada pemimpin kerajaan serta keluarga mereka.

Perkara ini juga berlaku semasa ceramah PPBM di Changlun, Kedah. Dalam ceramah Timbalan Presiden PPBM DS Mukhriz Mahathir, beliau mengaitkan isu Rosmah semasa dalam ceramahnya. Mukhriz juga menyeru kepada rakyat Kedah untuk bersama-sama pembangkang menggulingkan Najib dan isterinya.

Apa kaitan isteri PM dalam isu politik negara?? Rasanya Muhkriz dah kehabisan modal dan tidak mahu mengulang cerita yang sama dalam sesi ceramah parti cap bunga raya. Sebab tu dalam ceramah di Changlun, beliau mahu menarik pendengar dengan mengaitkan nama Rosmah diatas pentas politik.

Pendekatan politik Mukhriz juga tidak berbeza dengan puak pembangkang yang telah wujud selama ini. Ternyata sikap Mukhriz seperti ‘copy paste’ dengan sikap pembangkang sedia ada, yang selalu membawa pendekatan politik memfitnah daripada membincangkan keperluan rakyat.

Jika kerjasama PPBM dan Pakatan Harapan berjaya, sikap Mukhriz yang dilihat sopan santun sehingga pijak semut pun tak mati ini akan berubah kerana mengikut telunjuk dan desakan daripada DAP. Mungkin sekarang, DAP masih belum menunjukkan ego mereka kerana sebelum PRU14 mereka saling memerlukan sesama sendiri. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s