Mukhriz Beri Bantuan Kerana Mahu Ambil Hati Rakyat Kedah

9a-copy

Menghairankan, kenapa baru sekarang Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sibuk nak beri bantuan kepada rakyat Kedah?? Bukannya tak boleh beri tapi kenapa setelah menjadi ‘bekas’, baru beriya-iya nak bantu rakyat.

Sebelum ini, semasa memerintah Kedah takde pulak nak turun beri bantuan dan kerap bersua muka dengan rakyat. Tapi bila dah tubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan tidak lagi bersama UMNO… Amboii, bukan main lagi beri bantuan.. Kononnya nak ambil hati rakyat.

Semalam, berlangsung satu majlis sembang santai bersama Mukhriz yang diadakan di Kampung Kemunting Lama, Jalan Changlun, Jitra. Dalam majlis tersebut dorang bukan sahaja borak kosong dan mengutuk kerajaan.

Tapi Mukhriz cerdik… Dia bukan sekadar sembang santai je tapi siap suap dedak pulak dalam mulut rakyat Jitra, Kedah! Mungkin itu hanyalah satu taktik ambil hati dan bagi meraih sokongan je! Mukhriz memberi dedak kepada mereka yang memerlukan.

Pemberian tersebut dengar kata ditaja oleh Kelab Generasi Tun Dr Mahathir Mohamad dan disampaikan oleh Mukhriz sendiri. Apa yang menjadi persoalan… Kenapa tak beri bantuan kepada rakyat dibawah tanggungjawab Mukhriz di Jerlun tu??

Kenapa sibuk-sibuk nak bagi bantuan pada orang Jitra pulak… Sedangkan rakyat sendiri terabai! Majlis tersebut katanya disambut ‘meriah’ oleh penduduk sekitarnya. Dikhabarkan juga rakyat Jitra sudah bersedIa untuk ‘berubah’.

Rakyat diberi bantuan barang-barang seperti makanan oleh Kelab Generasi Tun… Sejak kebelakangan ini makin giat pulak Mukhriz mengadakan ceramah-ceramah di kawasan perkampungan dan pendalaman. Mungkin baginya orang kampung ni senang sikit nak dipengaruhi. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s