MIC Batu Kawan Buat Laporan Polis Terhadap TKM P.Pinang

6-copy

Pengerusi MIC Batu Kawan hari ini membuat satu laporan Polis terhadap Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, P Ramasamy.

Ini berikutan ucapan Ramasamy yang dikatakan memfitnah Perdana Menteri semasa Rumah Terbuka Deepavali 12 November 2016 lalu.

Berikut ialah kenyataan beliau didalam laporan Polis tersebut..,

1. Hari ini satu laporan polis telah dibuat oleh saya, selaku Pengerusi Malaysian Indian Congress (MIC) Bahagian Batu Kawan, terhadap Timbalan Ketua Menteri – 2 Pulau Pinang dari parti DAP, iaitu Professor P. Ramasamy kerana telah memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak kononnya telah mengambil wang rakyat sebanyak RM 2.6 Billion.

2. Kenyataan fitnah dan tidak bertanggungjawab oleh Professor P. Ramasamy ini dilakukan pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali DUN Prai pada 12 November 2016 yang lalu. Segala bukti-bukti tentang perkara ini telah saya serahkan kepada pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

3. Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan segera dan terperinci terhadap Professor P. Ramasamy dibawah Akta Hasutan 1948 dan undang – undang berkaitan yang lain. Ini kerana pada majlis Deepavali tersebut, beliau dengan jelas dan terang telah menghasut rakyat dengan melakukan satu fitnah supaya rakyat benci dan marah terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan.

17hb November 2016
Kenyataan Media
S. Ramalingam
Pengerusi Malaysian Indian Congress (MIC)
Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s