Mahathir Kini Pemusnah Ekonomi Negara Malaysia!

3a-copy

Akibat dendam kesumat dan perangai busuk hati serta dengki Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mahathir kini dilihat cuba menghancurkan negaranya sendiri.

Masakan tidak… Mahathir kini dilihat kerap menggunakan dan mempertaruhkan agenda-agenda peribadinya yang busuk bagi membalas dendam. Malah dia juga dilihat sering melakukan tindakan yang kearah menakut-nakutkan rakyat melalui pelbagai pembohongan dan fitnah.

Kesemua tindakannya kini hanya menjerumus kearah kemusnahan terhadap ekonomi negara Malaysia. Mahathir juga kerap melemparkan tuduhan tidak berasas bagi menakut-nakutkan pelabur luar dan juga pelabur tempatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, segala pertuduhan yang dibuat Mahathir selama ini tidak masuk akal. Tindakan tersebut hanya kerana mahu menjatuhkan keyakinan pelabur terhadap negara.

Contohnya seperti tuduhan Mahathir terhadap pelaburan dan hubungan baik antara Malaysia dan China… Fitnah dibuat kononnya perdana menteri mahu menjual negara kepada China melalui perjanjian-perjanjian yang di termeterai.

Mahathir pura-pura tidak mengerti dan kurang memahami mengenai perjanjian yang dibuat… Padahal sebelum ini Mahathir pun pernah melalui fasa yang sama seperti perdana menteri sekarang ini.

Antara fitnah yang dilakukan Mahathir adalah kononnya negara berhutang berpuluh billion dengan China bagi membina projek Landasan Kereta api Pantai Timur (ECRL). Kononnya dengan ‘hutang’ tersebut, maka berlakunya peningkatan terhadap hutang negara dan negara akan dijual kepada China jika Malaysia gagal untuk melangsaikan hutang tersebut.

Malah Mahathir turut menuduh kontraktor utama projek itu pasti syarikat China, bukan Malaysia. Jelas segala fitnah busuk Mahathir ini hanya untuk meracun pemikiran rakyat dan meruntuhkan ekonomi negara. Kerana itu, Mahathir kini dilihat menjadi penyebab kepada keruntuhan ekonomi negara. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s