Mahathir Ajak Rakyat Sertai Bersih, Tapi Diri Sendiri Tak Hadir

Selama ini bukan main beriya-iya lagi Gomez tengok Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencanang satu negara mengajak rakyat jelata agar turun dan sertai himpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Tapi yang sebenarnya, Mahathir ni cuma arahkan rakyat je yang turun himpunan Bersih 5 tu… Padahal diri sendiri tak sertai pun himpunan tersebut. Ada cakap-cakap yang mengatakan Mahathir berkemungkinan besar tidak akan hadir Bersih 5 kerana mempunyai tugas di luar negara.

Ujar Mahathir, beliau tidak akan dapat hadir pada himpunan Bersih 19 November tersebut kerana dijadualkan berada di luar negara. Ada kerja di luar negara atau sebenarnya Mahathir ni lari ke luar negara??

Yela, kononnya cakap menyokong penuh tapi akhir sekali dia sendiri yang lari ke luar negara… Alasan kononnya ada kerja! Padahal awal lagi Mahathir dah tahu bahawa pada tarikh tersebut dia dijadualkan ke luar negara.

Ohhhhh… Patut la selama ni bukan main lagi mempromosikan Bersih kepada umum… Hakikatnya diri sendiri pun tak hadirkan diri. Mungkin Mahathir takut nama dan maruahnya tercemar jika dia sertai perhimpunan tersebut.

Memang terang-terang nampak bahawa Mahathir menjadi orang suruhan Bersih jika dia sertai himpunan tersebut. Tapi bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku dan dikecam… Mahathir bertindak lari ke luar negara.

Korang semua dah kena tipu dengan Mahathir… Dia arah rakyat agar menjadi balaci pada Bersih… Tapi diri sendiri melarikan diri! Konon nak perjuangkan dan menuntut pilihan raya yang bersih… Tapi hakikatnya cakap je pandai, buat tak tahu! Siap larikan diri pulak tu!! – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s