DAP Patut Kurangkan SEORANG Penjawat Awam Di P.Pinang

5-copy

DAP sebelum ini seringkali mendesak kakitangan awam kerajaan dikurangkan, kononnya bagi mengurangkan kos pengurusan yang ditanggung oleh kerajaan.

Tetapi selepas pembentangan bajet negeri P.Pinang yang mencatatkan kos pengurusan tertinggi, rasanya kerajaan DAP negeri yang sewajarnya mengurangkan jumlah kakitangan yang ada.

Ini bukan bermaksud mengurangkan kakitangan awam yang berjumlah 4’178 di P.Pinang itu, sebaliknya kerajaan DAP P.Pinang hanya perlu membuang seorang sahaja penjawat awam, iaitu Ketua Menteri P.Pinang.

Disebabkan seorang penjawat awam yang duduk di kerusi Ketua Menteri itulah kos pengurusan di negeri P.Pinang meningkat tinggi. Semuanya kerana dia tak tahu mengurus tadbir dengan baik.

Dan kerana individu yang bergelar Ketua Menteri itu jugalah, habis tanah negeri serta bukit bukau dibotakkan, kononnya atas alasan pembangunan dan kemajuan kepada rakyat.

Hutan-hutan simpan serta kampung-kampung tradisional habis tergadai, serta rakyat yang mahu berjinak-jinak dengan perniagaan juga dizalimi dibawah pentadbiran penjawat awam yang seorang ini.

Maka tak keterlaluan jika dikatakan dia lah yang menjadi punca segalanya dan dia jugalah yang menyebabkan negeri yang dahulunya aman, kini menjadi huru hara dan juga tidak lagi sejahtera.

Oleh yang demikian, jika kerajaan DAP mahu menaikkan kembali imej parti serta memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap kerajaan negeri yang pernah mereka pilih dahulu, sewajarnya kurangkanlah penjawat awam dengan membuang individu terbabit.

Rakyat P.Pinang tak akan rela mempunyai Ketua Menteri yang didakwa kuat mengamalkan rasuah serta menyalah gunakan kuasa. Rakyat juga pastinya tak mahu pemimpin yang hanya bercakap kosong.

Tambahan pula, apalah yang boleh dibanggakan dengan pemimpin yang hanya tahu menuding jari kepada orang lain jika dia melakukan kesalahan? Sangat memalukan jika mempunyai pemimpin seperti ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s