Benarkah Mokhzani Akan Bertanding Di Kubang Pasu?

10a-copy

Desas-desus kuat menyatakan bahawa anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani akan bertanding di Kubang Pasu… Tetapi dengar kata bukan dengan menggunakan tiket UMNO, tapi guna tiket parti orang kecewa iaitu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Jadi adakah ini bermakna Mokhzani akan mengikut jejak bapak dan juga adiknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk keluar dari UMNO?? Kerana menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, Mokhzani masih lagi menjadi ahli parti di Merbok.

Buat masa sekarang ini, masih belum dengar khabar berita Mokhzani akan menurut jejak langkah bapak dan adiknya. Tapi mana tahu, suatu hari nanti Mokhzani juga akan turut jadi orang kecewa dan sertai PPBM.

Ini kerana dahulu Mokhzani masih ada jawatan dalam UMNO Merbok… Namun kini dia hanyalah ahli biasa sahaja. Mana tahu, suatu hari nanti Mokhzani ada jawatan dalam PPBM pula.

Namun khabar angin kononnya Mokhzani bakal bertanding di Kubang Pasu dengan menggunakan tiket PPBM hanyalah satu khabar palsu. Kalau betul Mokhzani dah jadi ahli PPBM, pastinya dia sudah turut serta dalam jelajah dan kempen PPBM bersama Mukhriz dan Mahathir.

Tapi sehingga kini, kelibat Mokhzani langsung tak kelihatan dalam aktiviti PPBM di Kedah… Ini bermakna Mokhzani masih setia bersama UMNO dan perkara itu juga telah disahkan oleh Ahmad Bashah yang juga merupakan Ketua Perhubungan UMNO Negeri. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s