Azwan Ali Maki Neelofa Di Instagram

Amboiii.. ‘Cantik’ betul bahasa Azwan Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA ni kan.. Sesuka hati Diva AA jer menggelarkan orang dengan gelaran ‘anjing sial’.. Kasar betoii! Bila Diva AA nak berubah pun tak tahu lah.. Semakin tua, semakin teruk pulak Miss tengok Diva AA punya perangai!

Dah tak ada tapis-tapis dia punya ayat, main bedal je nak sembur orang.. Patut lah hidup tak pernah tenang, asyik cari pasal dengan orang tak tentu pasal.. U’olls tengok jer lah status yang dimuat naik Azwan Ali ni, kasar dan biadap sangat dia punya bahasa yang digunakan..

Diva AA mengamuk bila komen dia mempertikaikan Neelofa tak tahu jaga batas walaupun dah bergelar hajah kerana dok bersentuhan dengan lelaki bukan mahram, dipadam berulang kali.. Miss tengok status ni dimuat naik banyak di akaun Instagram Diva AA..

Kononnya kalau dipadam, Diva AA akan muat naik berjuta kali lagi.. Poyo betul lah Diva AA ni! Macam ni lah Diva AA oii, kalau dia nak menegur orang lain tu.. Tak salah sebenarnya tapi guna lah bahasa yang baik dan beradab sikit.. Ingat sikit diri dia pun dah bergelar haji..

Elok sangat ke seorang bergelar haji dok mengata kat orang macam tu?? Sebelum nak mengata orang lain, tolong cermin diri sendiri dulu yer! Lagi satu Miss nak pesan, tolong lah berubah perangai tu sikit, Diva AA bukannya muda lagi.. Banyak-banyak lah buat baik dengan orang lain, bukannya cari pasal tak tentu pasal!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s