Anina Saadudin Tuduh Najib Curi Duit Rakyat Setiap Hari

anina-najib1

Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin sekarang ini dilihat menjadi agen penyampai segala keburukan kerajaan BN dan barisan pemimpin, khususnya DS Najib Razak. Bila mendengar ucapan beliau semasa sesi ceramah parti bunga, beliau selesa menyemai sikap marah dan benci kepada BN.

Ceramah yang cuba disampaikan beliau boleh digambarkan seperti radio buruk yang berbunyi tetapi tidak tahu cerita yang ingin disampaikan. Anina cuma tahu memutar kembali isu yang hangat diperkatakan oleh pembangkang sebelum ini untuk menyerang pentadbiran kerajaan BN.

Malangnya, semua yang cuba disampaikan itu hanya dalam bentuk bayangan. Menurut Anina, rakyat perlu membayangkan negara sedang tenat kerana tahun 2017 belum tentu akan ada pinjaman untuk anak-anak tempatan bagi meneruskan pembelajaran. Kononnya tahun hadapan kehidupan rakyat Malaysia akan lebih mencabar jika masih memilih BN sebagai pemerintah.

Rasanya pembangkang mahu mendidik rakyat supaya selalu berpandangan negatif. Sedangkan hari ini, PTPTN menanggung banyak kos kerana peminjam belum melunaskan pinjaman mereka semasa melanjutkan pelajaran. Jika ramalan Anina pada tahun 2017 itu tepat, kerajaan tidak boleh disalahkan sebaliknya peminjam perlu menunaikan tanggungjawab mereka dengan melakukan pembayaran balik bagi kegunaan orang lain.

Semuanya mahu menyalahkan kerajaan, adakah pembangkang selama ini mengamalkan pentadbiran yang maksum?? Jika mereka benar-benar jujur, sudah lama pembangkang dapat menguasi negara tetapi BN yang dipilih rakyat. Selain itu, Anina turut menyalahkan kepimpinan Najib kerana kini ramai pekerja kilang dibuang kerja ekoran kilang ditutup kerana tidak mampu menanggung GST.

Hakikatnya, banyak kilang yang ditutup itu berlaku di negeri pembangkang khususnya Pulau Pinang. Desas-desus sebelum ini yang mengatakan kilang ditutup kerana kepincangan pentadbiran kerajaan DAP di sana dan soal GST, tidak berbangkit sama sekali. Bukan saja Malaysia yang mengamalkan cukai ini tetapi di negara luar turut menggunakan sistem tersebut, malah caj yang dikenakan lebih tinggi berbanding di Malaysia.

Nampaknya isu bayangan seperti ini menjadi modal srikandi PPBM untuk berceramah. Sesiapa sahaja boleh menyampaikan ceramah politik jika bermodalkan bayangan seperti itu. Ternyata isu yang dibawa hanya untuk menakutkan rakyat jika mereka tetap memilih BN pada PRU14. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s