Amerul Affendi ‘Digam’ Stesen Tv3 Dan Tv9 Kerana Paras Rupa!!

e

a

Kebanyakkan yang menjadi anak seni sekarang ni, Miss tengok hanya berdasarkan rupa jer.. Kalau berceritakan pasal bakat, memang kelaut lah u’olls! Tengok jer lah lambakan pelakon yang sedia ada sekarang, hanya ada rupa tapi berlakon macam kayu.. Tergedik-gedik jer lebih.. Tak ada kualiti langsung!

Bila ada pelakon yang mempunyai bakat, tapi dipinggirkan kerana tak ada rupa.. U’olls kenal siapa pelakon Amerul Affendi?? Miss rasa mungkin ada yang kenal dan yang tak kenal.. Miss dengar nama Amerul sering digugurkan dari stesen televisyen TV3 dan TV9 kalau dicadangkan untuk terlibat dalam drama yang akan disiarkan di stesen tersebut..

Kononnya kerana Amerul tak mempunyai kriteria yang diperlukan oleh stesen televisyen berkenaan.. Kesian kan!! Miss tengok bakat lakonan Amerul yang pernah berlakon di dalam filem ‘Pekak’ dan ‘Polis Evo’ memang terbaik.. Tapi nak buat macam mana kan, sekarang stesen tv kalau nak ambik pelakon.. Dorang tengok muka dulu.. Lepas tu kalau ramai peminat baru boleh ambik..

Bagi Miss sendiri, rasanya Amerul perlu lah pandai ‘pancing’ dan menarik perhatian orang ramai untuk melihatnya beraksi dalam drama atau filem.. Lagi satu, Media sosial penting bagi ‘public figure’ macam dia.. Jadi, Amirul kenalah aktif sikit berinteraksi dengan peminat..

Lagipun kalau diikutkan retis-retis sekarang, ramai jer yang tak ada rupa.. Tapi dorang pandai ‘pancing’ orang ramai untuk ‘jatuh cinta’ dengan dorang.. Amerul tak perlu lah nak ‘low profile’ sangat kalau nak dikenali ramai.. Begitu lah lumrah nak menjadi retis.. Kena pandai tarik perhatian!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s