Ali Tinju Mahu ‘Berpecah’ Daripada Gerakan Baju Merah Jamal Yunos

ali-tinju_jamal-yunos_polis_600

Dulu bukan main lagi Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia, Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju menyokong Gerakan Baju Merah yang diketuai oleh DS Jamal Md Yunos. Gerakan baju merah dikatakan membawa agenda menghalang BERSIH daripada bermaharajalela menganjurkan perhimpunan haram.

Nampaknya kali ini sebelum BERSIH 5 berlangsung, Ali Tinju tidak mahu memberi sokongan kepada pihak Jamal untuk meneruskan niat mereka menghalau BERSIH daripada melakukan perhimpunan jalanan. Ali Tinju dikatakan telah berpaling tadah kerana beliau tampil membuat laporan polis, serta mahu pihak berkuasa menghalang kedua-dua kumpulan terbabit.

Menurutnya, beliau bimbang sekiranya kedua-dua kumpulan ini bertembung akan berlaku perkara yang tidak diingini. Walaupun sebelum ini mereka sehaluan dengan gerakan baju merah, tapi kali ini mereka tidak mahu pertembungan itu berlaku kerana ia akan memberi kesan negatif kepada kawasan sekitar.

Para peniaga dan orang awam juga tidak terkecuali akan menerima tempias daripada tindakan kedua-dua kumpulan tersebut. Jika BERSIH bertegas ingin meneruskan perhimpunan, Gerakan Baju Merah juga akan turun untuk menghalang mereka. Justeru, pihak polis diminta memainkan peranan untuk menyekat kedua-dua kumpulan tersebut daripada bertembung.

Walaupun Ali Tinju sudah berpaling tadah, beliau masih menggelarkan kumpulan beliau sebagai kumpulan baju merah, begitu juga dengan gerakan Jamal Yunos yang masih tetap berbaju merah. Cuma pendirian Ali Tinju sudah berbeza dengan Jamal kerana mereka lebih menjaga kawasan ibu kota daripada tercemar dengan gejala vandalisme.

Selain itu, Ali Tinju turut menyelar tindakan kedua-dua kumpulan ini kerana ia akan merosakkan keharmonian dan kestabilan kaum di negara ini. Oleh itu, Ali Tinju mengambil keputusan untuk melakukan laporan polis dan mahu berpecah daripada kumpulan baju merah menjelang BERSIH 5 pada 19 November, Sabtu ini. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s