UMNO Ada Pengalaman Untuk Atasi Cabaran Parti Baru

umno-ada

Kewujudan parti serpihan UMNO bukan perkara baru di dalam dunia politik negara, kejadian seperti ini juga sering berlaku semasa di zaman pentadbiran Tun Mahathir.. Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan pemergian pemimpin kanan UMNO termasuk mantan presiden UMNO sendiri, boleh dinamakan sebagai ‘sejarah berulang kembali’.

Pemimpin yang ada dalam PPBM sepatutnya lebih tahu, mereka tidak mungkin dapat menggantikan tempat UMNO. Sudah terbukti parti serpihan tidak akan boleh melawan kekuatan UMNO seperti parti Semangat 46, yang juga ditubuhkan oleh bekas pemimpin UMNO tetapi akhirnya terkubur.

UMNO bukan saja dapat menewaskan parti serpihan, tetapi pembangkang yang tidak henti-henti menyerang UMNO dalam setiap segi dapat dipatahkan melalui pilihan raya. Jadi kewujudan parti baru ini tidak memberi masalah besar untuk UMNO, kerana pengalaman selama ini memberikan kelebihan kepada mereka.

Untuk terus kekal relevan kepada rakyat, UMNO tidak mudah patah semangat walaupun perlu mengatasi bekas Timbalan Presiden. UMNO yakin jika mereka terus bersatu padu dan mempunyai strategi-strategi yang baik, sudah pasti kemenangan akan terus berpihak kepada parti keramat ini.

Sehubungan itu, Ahmad Maslan mahu memberikan ‘mode pilihan raya’ semasa perhimpunan Agung UMNO, seiring desakan Datuk Mohamed Khaled Nordin yang mahukan semua ahli berada dalam mode pilihan raya lebih awal. Tindakan ini juga penting untuk semua anggota supaya bersiap sedia pada pusingan terakhir sebelum menempuh PRU14.

Walaupun kali ini UMNO terpaksa menentang parti baru yang dianggotai oleh bekas pemimpin UMNO sendiri. Ternyata ia tidak memberi tekanan kepada semua jentera parti, kerana mereka mempunyai pengalaman dan susunan strategi yang baik bagi menempuh parti-parti baru yang ada. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s