The Rock Bakal Jadi Presiden Amerika Syarikat Pada Tahun 2020

Selepas melihat kemenangan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat, pelakon dan produser filem terkenal, Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan gelaran The Rock dikatakan bakal mengikut jejak langkah Trump dan bakal mencalonkan diri untuk menjadi presiden AS pada tahun 2020..

Whooa.. Rupanya Dwayne ada simpan angan-angan nak menjadi presiden noh.. Miss ingatkan Dwayne nak jadi anak seni jer.. Lagipun kalau bercakap pasal karier seninya, memang tak boleh dinafikan lagi lah.. Dwayne memang seorang pelakon yang berbakat!

Ketika mempromosikan filem terbarunya yang berjudul ‘Moana’ baru-baru ni, Dwayne mengaku yang dia akan mempertimbangkan untuk mencalonkan dirinya menjadi presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020 nanti.. U’olls rasa sesuai tak The Rock jadi presiden??

Kalau benar Dwayne jadi presiden nanti, memang stylo lah u’olls.. Mana tidaknya, tengok jer lah badan berketak-ketak dia tu.. Tak perlu pakai bodyguard bagai lagi dah, dia boleh ‘portect’ diri sendiri.. Hahaha.. Lagipun ini bukan kali pertama Dwayne cakap dia nak jadi presiden..

Dwayne sebelum ni pun kerap jugak memuat naik status di media sosial mengatakan dia bakal mencalonkan dirinya sebagai presiden.. Lihat jer lah nanti, impian pelakon kelahiran 2 Mei 1972 tu bakal tercapai ke tidak noh.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s