PAN Akan Bawa ’30 Ribu Ahli’ Untuk Sertai Himpunan Bersih

Parti Amanah Negara (PAN) nekad dan berjanji akan menyumbangkan seramai ’30 ribu’ ahli partinya bagi memeriahkan himpunan Bersih 5 yang bakal diadakan pada Sabtu ini, di Dataran Merdeka.

Aikkkk… Sejak bila ahli PAN mencecah 30 ribu?? Macam kelakar pulak! Kata Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir, penyokong PAN juga turut tergolong dalam 30 ribu peserta tersebut. Ohhhh, ingatkan ahli PAN je yang seramai 30 ribu tu.

Tambah Anuar lagi… PAN akan turut menurunkan peserta Bersih yang berlatar belakangkan individu yang berjawatan tinggi seperti 55 peguam, 50 pegawai perubatan, 30 wartawan dan 20 jurugambar. Mereka ini ditugaskan untuk mengawal dan memantau pada hari berkenaan.

Sementara itu, PAN juga turut membuka cawangan Bersih 5 yang beroperasi di ibu pejabat mereka. Bukan itu sahaja, kehadiran peguam-peguam dalam perhimpunan tersebut adalah untuk menawarkan bantuan guaman kepada semua peserta BERSIH5 tanpa mengambil kira fahaman parti mereka.

Maknanya mungkin kalau peserta Bersih 5 didakwa atau ditangkap kelak… Peguam-peguam ni la yang akan mewakili mereka nanti. Apa yang Gomez takutkan, adalah bukan 30 ribu orang yang turun tapi 300 orang pun, entah-entah tak sampai.

Ramai dan besar sangat ke penyokong dan pengaruh PAN ni sehinggakan berikrar akan menurunkan seramai 30 ribu orang?? Macam la dorang tu pengaruh besar sangat. Parti PAS pun tak mampu turunkan peserta seramai itu, walaupun dorang ada pengaruh yang besar.

Inikan pula pengaruh PAN yang baru sebesar kuman tu… Tapi bermimpi mahu turunkan peserta seramai 30 ribu… Hahaha.. Geli pulak hati Gomez dengan kenyataan PAN ni. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s