Mukhriz Dakwa Cakap Pemimpin Kerajaan Tidak Boleh Pakai

1a-copy

Dalam satu ceramah yang dianjurkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kampung Paya Bukit Hantu, Ayer Hitam, Kodiang, Kedah, semalam. Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sempat menghasut dan meracuni pemikiran rakyat di sekitar kawasan tersebut.

Dalam ucapannya semalam, Mukhriz mendakwa bahawa cakap-cakap pemimpin kerajaan sekarang ini langsung tidak boleh dipakai. Kalau boleh pakai pun hanya 50 peratus je… Lagi baki 50 peratus masuk longkang, katanya.

Iyela, mungkin cakap Mukhriz je yang boleh dipakai selama ni… Kalau betul cakap Mukhriz boleh pakai, kenapa sepanjang dia memerintah negeri Kedah langsung takde sebarang perubahan?? Masalah bekalan air di Kedah pun tak dapat diselesaikan, cakap Mukhriz boleh pakai ke macam tu??

Bekas Menteri Besar Kedah ini merujuk kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan. Menurut Mukhriz, apa yang diperkatakan Ahmad Maslan semuanya tak boleh pakai.

Bahkan Mukhriz turut mengibaratkan kesemua pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang ini sama seperti Ahmad Maslan, cakap tak serupa bikin. Huhh! Mungkin Mukhriz tak sedar yang individu cakap tak serupa bikin yang dimaksudkan itu sebenarnya bapak dia sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dulu hina DAP… Kini bermadu kasih dengan parti cauvanis tu! Dulu gelarkan Lim Kit Siang sebagai rasis, anti-Islam dan anti-Melayu… Tapi sekarang ni dok ‘comolot’ pulak dengan Kit Siang. Jadi siapa yang cakap tak serupa bikin sekarang ni??

Mukhriz umpama kuman seberang laut nampak tapi gajah didepan mata tidak nampak. Salah diri sendiri tapi nak salahkan orang lain. Kononnya tak pernah putar belit fakta… Padahal dok sebar fitnah dan pembohongan pada orang kampung.

Seeloknya Mukhriz cermin diri sendiri dahulu, sebelum mahu gelarkan orang lain sebagai pembohong dan putar belit fakta. Tengok la dirinya sekarang ni, dah jadi pembangkang… Dan memang kerja pembangkang hanya lakukan penipuan dan fitnah je pun. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s