Mat Sabu Berikrar Akan Bawa 30 Ribu Penyokong PAN Sertai Bersih 5

5-copy

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu hari ini berikrar akan membawa seramai 30 ribu ahli dan penyokongnya turun ke demonstrasi Bersih 5 di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Kenyataan parti tersebut yang dibuat melalui Setiausaha Agungnya itu agak meragukan dan sangat pelik kerana hasil tinjauan mendapati, PAN hanya mempunyai 20 ribu ahli yang berdaftar sahaja.

Jika benarlah penyokong PAN dikatakan mampu mencecah 10 ribu orang, mengapa PAN tidak serapkan sahaja mereka sebagai ahli parti? Mengapa biarkan sahaja mereka berstatus penyokong sahaja?

Ataupun adakah PAN hanya berangan-angan kosong dan sembang besar sahaja untuk memenangi hati bos besar mereka, iaitu DAP dan juga PKR?

Selain dari itu, Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir juga berjanji akan menyediakan 55 orang peguam yang bersedia mempertahankan ahli PAN jika mereka dikenakan sebarang tindakan Polis atau mahkamah.

50 pegawai perubatan serta 30 wartawan juga dikatakan telah bersedia untuk bersama-sama PAN, bagi memantau segala pergerakan ahli serta penyokong mereka didalam demonstrasi tersebut.

PAN juga mengecam Ketua kumpulan baju merah iaitu Jamal Md Yunos yang seringkali menganggu perhimpunan Bersih 5 yang didakwa sangat aman dan mengikut peraturan.

Menurut Anuar, kenyataan Jamal yang mengatakan ‘hutang darah dibayar darah’ berhubung insiden di Ampang tempoh hari adalah sangat keterlaluan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s