Mahfuz FITNAH Perdana Menteri Sebagai Pencabul Bersiri

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Seri Mahfuz Omar dalam satu kenyataan media di laman facebook miliknya, telah menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang pencabul bersiri.

Najib dianggap sebagai pecabul bersiri kerana telah ‘mencabuli’ kehormatan institusi-institusi tunjang di negara ini. Bukan itu sahaja, Mahfuz turut melabelkan perdana menteri sebagai seorang yang rakus terhadap kuasanya.

Akibat dari itu, Najib telah difitnah Mahfuz kononnya telah melakukan rasuah besar… Boros… Telah menyebabkan berlakunya ketirisan dalam pentadbiran… Berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang ada.

Bahkan Mahfuz turut berkata tindakan yang menyalahi undang-undang itu umpama makanan harian kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Akibat daripada ‘kesalahan’ perdana menteri dan BN/UMNO ini, maka rakyat yang terpaksa menanggung beban, ujarnya.

Fitnah Mahfuz tidak terhenti disitu sahaja… Dia turut menuduh sistem pilihan raya di negara ini langsung tidak bersih. Institusi pilihan raya juga dikatakan telah dicabul oleh pencabul bersiri tersebut. Pendek kata, apa yang tak kena dan salah pada mata Mahfuz ni semuanya berpunca dari Najib.

Yela dah nama pun pembangkang… Pastinya apa yang dilakukan kerajaan selama ini berdosa di mata mereka! Apa yang dilakukan pembangkang je yang betul agaknya! Macam apa yang Mahfuz buat tula, nama je ahli PAS tapi sertai Bersih, walaupun partinya mengharamkan ahli mereka dari sertai Bersih.

Nama je ahli PAS tapi dok bergaul dengan musuh-musuh PAS seperti DAP dan Parti Amanah negara (PAN). Jadi layak ke Mahfuz ni nak tuntut keadilan sedia ada, kalau diri sendiri pun mengkhianati prinsip parti sendiri?? – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s